Friday, July 2, 2010

SakiT SeNdi???BaHaya KaH??

sakit sendi???huhu..sejak balik cuti skolah nie blakang aku sakit2..huhuhu..naik cuti nie bz meh..byk program..stress barangkali..huhuhu..mengikut servey yg aku buat..shbt serumah aku jugak mengalami mslh yg same..wawi...so kesahihan servey aku ni mungkin valid nih..hihihi...

sakit ni mmg sanagt2 menyeksakan pada hari sabtu lepas..actually skolah aku buat 3 in 1 program..so agak bz la minggu tu..lps program abis aku g le jengjalan nk beli barang dapur sket..alamak masa tu rasa tulang tengkok sampai tulang blakang mcm tak leh nk berfungsi..berdiri salah..duduk pown salah...

memang sengal gile..last2 aku terpaksa la amik panadol xtand..siap beli anlene lagi..hahha nk pulihkan tulang..skg dah ok le sket..tu pown stil amik panadol xtand la..dah 2 papan aku telan panadol tu..

2 3 hari ni aku dok servey gak kat internet pasal sakit tengkok n tulang belakang yang aku alami ni..last aku2 jumpa la satu artikel yang aku rasa mungkin ade kaitan..jom kita kongsi ilmu sesama..


SENDI KRONIK
Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my
2010/05/02



ADAKAH anda sering sakit pada sendi pinggul setiap kali duduk dalam tempoh yang lama, tidur terlentang malah menyukarkan pergerakan? Lebih sukar lagi, kesakitan anda itu seakan-akan tidak berkesudahan meskipun sudah berjumpa ramai doktor dan memakan pelbagai jenis ubat.

Jika kesakitan yang anda alami itu berlarutan melebihi enam bulan dan doktor yang merawat pula tidak mengetahui apa sebenarnya penyakit anda, kemungkinan besar anda mengalami apa yang dikenali sebagai kesakitan kronik.

Pakar Bius dan Kesakitan Kronik, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan Dr Nizar Abdul Jalil, berkata ciri-ciri sakit kronik agak pelik.

Kesakitan itu mungkin sakit tulang belakang, migrain atau apa-apa kesakitan yang gagal dikenal pasti atau diagnosis tepat oleh doktor dan menyebabkannya berpanjangan melebihi enam bulan.

Katanya, kesakitan itu dipercayai berpunca daripada perubahan biokimia dan morfologi pada saraf pusat (neuroplasticity) yang sukar difahami hingga menyebabkan fungsi saraf di luar kawalan.

“Kajian di Malaysia, misalnya menunjukkan antara 20 ke 30 peratus kesakitan kronik ini tidak dirawat dengan tepat oleh doktor. Tersilap diagnosis menyebabkan rawatan yang diberikan tidak tepat dan kesakitan akan berpanjangan,” katanya.
Antara kesakitan yang kerap menjadi kesakitan kronik ialah sakit pada bahagian belakang. Ia boleh terjadi disebabkan diska yang tergelincir, sendi faset (sindrom sendi faset) atau akar saraf yang terkeluar.

Sindrom Sendi Faset

Sendi faset adalah penghubung antara vertebraes dalam tulang belakang. Sama seperti sendi lain misalnya lutut atau siku, ia membolehkan pergerakan seperti membengkok.

Kata Dr Nizar, masalah terjadi jika sendi itu radang disebabkan kecederaan atau arthritis yang menyebabkan rasa sakit dan ketegangan. Ia boleh terjadi pada tahap yang kronik atau akut dan kesakitan itu boleh datang dan pergi mengikut aktiviti yang dilakukan.

“Jika kesakitan terjadi di bahagian pinggang, pesakit akan berasa sakit apabila duduk atau berdiri. Kalau duduk lama, dia berasa lenguh pada pinggang dan hanya lega apabila berbaring. Rasa sakit bertambah jika mendongak dan memusingkan badan ke belakang. Misalnya apabila duduk tahiyyat ketika bersolat,” katanya.

Dr Nizar berkata, kesakitan bahagian leher pula menyebabkan sakit belakang tulang tengkuk, pening pada bahagian belakang kepala hingga ke ubun-ubun dan sakit pada otot leher, bahu atau belikat.

“Biasanya penyakit ini juga disusuli dengan kekejangan otot leher atau belakang. Jika berlarutan (kronik) ia dikenali dengan sindrom sakit miofasia,” katanya.

Rawatan
Ada lebih daripada satu teknik rawatan dan lebih daripada satu jenis ubat untuk menangani masalah begini. Umumnya, pesakit akan diberikan ubat, atau menggunakan kaedah rawatan lain misalnya tampalan koyok atau fisioterapi.

Bagaimanapun, jika semua kaedah ini gagal, suntikan radio frekuensi akan dilakukan. Kaedah rawatan ini selamat dengan syarat ia dikendalikan oleh pakar yang betul. Walaupun ia hanya membabitkan suntikan, namun ia perlu dilakukan oleh pakar penyakit kronik yang terlatih.

Di Malaysia, hospital kerajaan yang memiliki kepakaran dalam bidang ini adalah HUSM.

“Tiga langkah keselamatan utama akan dibuat bagi memastikan saraf yang bakal disuntik adalah saraf yang tepat. Kesilapan diagnosis dan kesilapan saraf boleh membawa kepada komplikasi kesihatan yang lain pula,” katanya.

Kata Dr Nizar, prosedur suntikan radio frekuensi menggunakan arus elektrik berfrekuensi tinggi yang disalurkan melalui jarum. Ia bertindak melumpuhkan saraf yang sakit dengan menghalang transmisi isyarat kesakitan.

“Suntikan ini berfungsi untuk membantutkan isyarat sakit berpunca daripada sendi faset. Jadi pesakit akan berasa lega serta-merta. Ia dilakukan dalam dewan bedah di bawah kawalan sinar-X dan mengambil masa antara 40 minit hingga satu jam bergantung kepada sendi yang disuntik,” katanya.

Dr Nizar berkata, prosedur suntikan radio frekuensi juga membantu pesakit yang berhadapan dengan sakit kronik yang berkaitan dengan penuaan sendi disebabkan arthritis. Tahap kelegaan kesakitan pelbagai bergantung kepada punca dan lokasi. Namun 70 peratus daripada pesakit yang dirawat dengan RFA berjaya menangani kesakitan.

INFO: Antara sindrom kesakitan kronik•Mengadu sakit yang tidak pernah lega.

•Mengadu sakit yang pada beberapa tempat di tubuh badan

•Kesan sampingan dari berbagai ubat yang digunakan yang ketara.

•Emosi yang terganggu seperti marah, kemurungan dan kurang semangat/motivasi.

•Tidur yang terganggu

•Fizikal tubuh badan dan fungsi yang makin merosot. Tubuh jadi lemah, kurang stamina dan fleksibel (physical deconditioning).

•Cemas dan cuba elakkan pergerakan yang akan mengembalikan rasa sakit.

•‘Perilaku kesakitan’ seperti suka berehat, suka mencuri perhatian, suka bercakap pasal kesakitan yang dirasai.

•Konflik keluarga dan perkahwinan.

•Berpindah dan berjumpa dengan banyak doktor.

•Tidak mampu bekerja ataupun mengalami kesukaran untuk mengekalkan prestasi di tempat kerja.

•Kurang memahami masalah kesakitan yang dialami.

•Masalah kewangan dan isu pampasan dengan syarikat insuran.

Contoh penyebab kesakitan kronik:

•Sakit tulang belakang, sama ada pinggang dan tengkuk.

•Sakit sendi (osteoarthritis , rheumatoid arthritis).

•Sakit kepala (migrain atau bukan migrain).

•Sakit saraf (neuropathic pain).

•Sakit yang berpunca daripada kanser.

•Sakit otot dan fasia (myofascial pain syndrome, fibromyalgia).

•Sakit selepas pembedahan atau kecederaan.

•Sakit yang berpunca daripada faktor psikologi.


Sebagai peringatan: jagalah Kesihatan n Minum susu selalu..ngee

1 comment:

Kesakitan Anda Keutamaan Kami said...

sla lawati blog utk pengidap kesakitan kronik dan harapan utk mereka.
drnizarabduljalil.blogspots.com