Friday, December 30, 2011

ANUGERAH TERINDAH


Alhamdulillah...2 September 2011..lahirnya AISY NURFAQIHAH BT MOHD RIzUAN sebagai pelengkap dan penyeri hidup kami..


~hari kedua melihat dunia~


~15 Hari..bercukur ...sudah~


~ibu n anak yang mewarisi rupa ayahnya..like baby like father lor~



~AISY 4 BULAN~

~lenanya tdo~

~Mula blajar mengiring~

~Oooucchh...kuat!sikit lagi~

~senyum-senyum selalu~

~seronok dapat upah susu~

~dah pandai pegang botol sendiri~

~sengih-sengih manja..pandai nak posing~

~Tido sambil berfikir~

~masalah btolah bila ibuku tak dapat pindah..kena lah duduk ngn opah kat kampung..Mungkin itulah yang dipikirkan..huhuhu~

~mengigau time tdo~


Syukur Alhamdulillah kerana aku telah dikurniakan anugerah yang terindah ini..sepanjang 4 bulan bercuti bersama baby..terlalu banyak saat2 manis yang dikongsi bersama..kini aku kembali bekerja di bumi Johor kerana permohona pertukaran tidak diluluskan..sedih sbb terpaksa meninggalkan si kecil bersama opahnya di kampung (Gerik, Perak)..deraian air mata mengiringi hari2ku di bumi johor...hanya Tuhan saja yang tahu perasaan seorang ibu ini..aku berdoa agar aku dapat berpindah cepat demi membina sebuah keluarga yang bahagia..InsyaAllah

buat suamiku..terima kasih atas semua pengorbananmu..berdoalah agar kita sekeluarga menemui jalan penyelesaian dengan segera dan dapat bersatu untuk hidup sebumbung...Amin..

Tuesday, December 14, 2010

My BiG Day..





"aku terima nikahnya..Syazila Ana bt md. sabri dengan mas kahwinnya......."

Monday, September 6, 2010

~SaLaM AidiLfiTri~




lamanya tak update blog nie..huhuhu..skrg bz sket coz tiap2 minggu update website skolah..huhuhu...


tik..tok..tik..tok entry bulan ogos langsung tak de..huhuhu..actually byk yang berlaku sepanjang satu bulan tu..anyway aku mmg tak berkesempatan..


jap je dah sebulan kita berpuasa..lagi 3 hari dah nak raya..aku skrg dah ade kat kg..wah..bahagia btol dok kat kg yang tercinta nie..


so wanna to wish ~selamat hari raya ~ kepada semua yang mengenali diri ini... terutamanya my family mom, sis, N my beloved bro @sabah (Say Poil)~ ku kirim kan salam n duit raya je..hehehhe n last to Mr. Tunang n Family...jemputla dtg beraya ke rumah ye..


~SaLaM AiDiLfItRi MaaF ZaHir & BaTiN~




Saturday, July 17, 2010

Star2's @Kota TinGGi

Hari ini kami berempat telah diamanahkan untuk menjadi guru pengiring bagi projek lawatan sambil belajar murid tahun 5 STAR2..anjuran Panitia Kajian Tempatan..lokasinye..daerah Kota Tinggi..jom tengok kemana dah kami pergi..then ape menariknya daerah kota tinggi ni..


~JOM TERJAH~


Destinasi 1:

Muzium Nelayan Tanjung Balau




muzium ni menempatkan kisah-kisah dan sejarah kehidupan nelayan zaman2 dulu..menarik btol diorama yang dipamerkan..terasa rindu sgt pada suasana kampung halaman..huhu


Destinasi 2:

Desaru Fruits Farm




kami geram kat buah naga ni..rasa cam nak petik je..tapi tak boleh petik..denda rm 500 tu..huhuhu..

jom jalan2 ke ladang buah melalui lorong Markisa yang belakang cikgu lina tu..


gaya pergi ladang..seb baik hujan dah berhenti..kalo tak susah la nk jalan ngn kaki yang luka tu..coz takleh kena air..alhamdulillah cuaca merestui kedatangan kami ke sini..huhuhu


masih mampu tersenyum walaupown penat..hehheheh


taman herba..kaya dengan tanaman misai kucing


aummmmmm....buah segar dari ladang..kikikiki..berlakon je nie..mao tercocok mulut gigit durian belanda nih..



budak STAR2 yang baik..sanggup bagi ikan makan..padahal diri sendiri pown tak makan2 lagi..hahaa..korang ni mmg klakar la..



geram tengok ikan yang gemok2 ni..bebudak ni dok bagi makan lagi la dia galak dok melompat sampai terjerit jerit cikgu dibuatnya..hahahahha..tangkap rr buat gulai..hurmmm boleh ker???tet....


berehat bersama zirafah..kikikiki...


Posing dalam taman mini Desaru Fruits Farm


berehat setelah penat menyusuri Desaru Fruits Farm..




dalam ladang ni gak ade mini zoo, antara haiwan2 yang ade termasuklah arnab, kambing, hamster, ayam, itik, ular dan lain2..tapi aku sempat amik gambar ngn arnab je..sbb arnab ni dah kencing..huhuhu


rabbit makan kangkung suapan cikgu lina..dia takut nk pegang..so posing cam ni je la...hehehhehe


Destinasi 3:

Taman Buaya Kota Tinggi


crocs sedang mengawan..

si crocs ni sedang cuba naik ke daratan untuk makan makanan yang dilemparkan oleh pekerja kat situ..uikss beso btoi..takot nyer...


lina yang penat mengelilingi taman buaya bersama student..seronok katanya..ye ke??aku yang geli ni tak boleh nak teruskan perjalanan..dah la geli..takot plak tu..takot kalo2 terjatuh kat tempat boya tu..eeee seram...tapi dorang kata best sgt sbb dapat tgk secara dekat tak mcm kat zoo..

so kalu sesape nak merasai pengalaman tu, datang la ke taman buaya kota tinggi.. RM 4 untuk kanak2 n RM 8 untuk orang dewasa..

kat tulang crocs je yang aku berani..hahahhah


bebudak ni pown tak melepaskan peluang pegang baby crocs ni..


Cikgu Anuar..cam best je dapat tangkap buaya tue..walaupun baby crocs..aku tetap geli n takot...anyway tahniah atas keberanian anda..hihihi

cikgu Zamark ngan little crocs..kikiki cam berani2 takot je nih..hehhehehe


Destinasi 4:

Muzium Kota Tinggi

dulu tau pasal sejarah pown dalam buku teks je...tapi ari ni aku berpeluang tgk sedikit sejarah johor lama..siap tgk video kisah sultan mangkat dijulang..ooo pasal buah nangka rupanya..seb bek soklan tu kat penah kua peksa..hihihi

around 4.30..kami bertolak pulang ke STAR2 JB..sampai JB kul 5.15..tunggu all student balik..sampailah kami di rumah ni tepat jam 6.00 Petang..penat tu mmg la penat..tapi penat yang hepi..dapat ilmu lagi..then yang paling penting penat without stress..rehat kejap penat pown ilang..

buat murid-murid yang pegi lawatan..semoga kalian semula mendapat pengalaman yang menyeronokkan serta dapat menambahkan ilmu pengetahuan..adios!