Tuesday, December 14, 2010
Monday, September 6, 2010
~SaLaM AidiLfiTri~

Saturday, July 17, 2010
Star2's @Kota TinGGi
Destinasi 3:
Friday, July 16, 2010
GeNg KeCiL
dari kanan tu..adik lelaki tunggal aku..say poil n yang lagik dua tu my cousin..tengah tu ain then yang sebelah tu abg die..syafiq.. ni kat wet world shah alam..otw anta my aunty p airport kat subang..masa gambar ni di amik aku dah form 3..tahun 1999...
klakar btoi time ni..si syafiq mandi sampai benjol kepala sbb terantok ngn budak sorg budak india..tah macam mane tah..tu yang amik gambar muka berkedut seribu tu..hehhehe..
ni plak masa raya tahun bile pown aku tak ingat..gambar kami 3 beradik ni di ambil kat umah opah..agak2 umo aku time ni dalam 8-9 tahun kot..baju yang aku pakai tu ade lagik sampai skrg..simpan uat kenangan.. ni masa time kenduri kat umah sepupu aku kat ipoh..yang pakai spek tu la opah aku..yg sebelah tu lak mak cik aku yang bongsu...then yang sebelah tu kakakku..masa ni kitaorg dah besar..araound 17-18 tahun dah..yang berposing kat blakang tu anak2 makcik aku..dorg sume kecik2 lagi time nie..

ni la geng aku masa zaman kecik2 dulu..kat mana ade aku 3 beradik kat situ la dorg ni ade...mmg mcm isi ngn kuku..sampai skg pown cam tu..

aksi spontan budak berdua ni mmg melucukan..bila aku kuakan gambar ni then tunjuk semula kat adik aku..a.k.a say poi (baju ijau), dia pown gelak sakan..siap tak ingat dah pasal gamabr nie..hehhe anyway seb bek dia ngaku ni gambar die..hahhaha


Wednesday, July 14, 2010
KuKuKaKiAkuKaKu
huhu..actually aku ni seorang yang penakut n egeri pada menda2 yang melibatkan operate..jarum..darah..dan yang sewaktu dengannye..tapi bila dah kena kat diri sendiri nak kata apa dah..harung gak le..hihihi..
ni lah nasib malang aku yang dah kehilangan kuku kaki semalam..peristiwa ni terjadi sewaktu aku di dalam kelas..nasib-nasib..huhuhu..kepada anak muridku..cikgu dah maafkan kamu pown..saje je eksen sket bia lain kali kamo tak buat lagik..cikgu sedih sbb sakit bukan bencikan kamo...lain kali jgn main2 dalam kls lagi..tersepak kaki cikgu ok lagi..kalo kamo yg jatuh, luka n tersepak kaki murid lain sampai berdarah or tercabut kuku..cikgu gak yang kena saman..kononnya cikgu tak boleh control class...aiyooo...dah nasib insan bergelar guru..hehhehehe..
beginilah ghupanya kaki aku setelah berjumpa doktor..huhuhu..atas nasihat doktor yang bernas tu..kuku kaki aku pown dicabut lepas disuntik ubat bius sebanyak 2 jarum...sakitnye tuhan je la yang tau..doktor terpaksa mencabutnya sbb kuku kaki aku dah biru akibat terlalu lama diplaster..seb baik aku cepat p klinik lps waktu skolah smlm..
doktor tu pown heran cam ne boleh luka cam tu skali..kata doktor cikgu tak boleh nangis sbb malu kat student..dalam2 dok sakit+sedih+takut tu..sempat algik aku jawab "tak kira la doktor..cikgu ka..doktor ka..engineer ka..asal sakit je mesti la sedih..hahaha..doktor tu pown gelak..betoi2..dia pon sokong..kikiki..my b patient dia pown ramai cam aku..hahaahah..
ni la sarung kaki baru...untuk elak air masuk..nak bagi cepat sembuh ikut je la..lama lagi la kuku aku nak tumbuh ni..ish2 cacat sat..seb baik nak kawin lambat lagi..kata en. tunang..sempat je kuku ni tumbuh..hahhaha kalo tak tumbuh pown tak leh tolak hantaran dah..kikikiki..en. tunang kena akur la ngn perjanjian..hahahaah
ni la ubat yang aku terpaksa telan..demi menyembuhkan diri sendiri..ubat ni ok je..cume nak cuci luka tu yang masalah sket..anyway pengalaman mencuci luka sepupu yang patah tangan dulu sedikit sebanyak memberanikan diri aku semula..huhuhuhu...
aksi yang mencemaskan..kapas tu dah melekat kat isi kuku..mak ai nak cabut mmg sakit..roomateku yang lain sume takot..seb baik ade dina..huhuhu..lmbtnye luka ni nk kering..seksa btol bila melekat pd isi....ngeri btol..
kadang2 bila ingat balik peristiwa smlm lucu pown ade..aku sedih gile..sampai tgk ank murid tu pown aku nangis..cakap ngn org pown nangis..hahaha..actually masa tu sakit sgt la..bila ada yang mengambil berat bertanya.hati rasa sayu.... lagi la sedih..hahahha...dah la sakit..kena lak jalan ke hulu ke hilir..arghhhh...mmg la aku stress..last2 dah tak bleh tahan sgt aku terpaksa la membatalkan janji utk blajar laman web then amik keputusan utk ke klinik..itulah yang terbaik..nasihat kawan2..takot gak aku dgr kemungkinan2 yang dikatankan...hehhe..maaf ye kepada pihak2 yang tak sempat nk submit keja yang diberi..insyaAllah sy submit esok...
anyway..ni la pengalaman..dulu berjahit dikening 4 jarum...seb baik tak de parut..senang je ilangkan parut ni..gune je bio oil..mujarab...ni kaki plak...kukukakiaku..cepatlah sembuh n tumbuh..huhuhuhu..
Friday, July 2, 2010
SakiT SeNdi???BaHaya KaH??
sakit ni mmg sanagt2 menyeksakan pada hari sabtu lepas..actually skolah aku buat 3 in 1 program..so agak bz la minggu tu..lps program abis aku g le jengjalan nk beli barang dapur sket..alamak masa tu rasa tulang tengkok sampai tulang blakang mcm tak leh nk berfungsi..berdiri salah..duduk pown salah...
memang sengal gile..last2 aku terpaksa la amik panadol xtand..siap beli anlene lagi..hahha nk pulihkan tulang..skg dah ok le sket..tu pown stil amik panadol xtand la..dah 2 papan aku telan panadol tu..
2 3 hari ni aku dok servey gak kat internet pasal sakit tengkok n tulang belakang yang aku alami ni..last aku2 jumpa la satu artikel yang aku rasa mungkin ade kaitan..jom kita kongsi ilmu sesama..
SENDI KRONIK
Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my
2010/05/02
ADAKAH anda sering sakit pada sendi pinggul setiap kali duduk dalam tempoh yang lama, tidur terlentang malah menyukarkan pergerakan? Lebih sukar lagi, kesakitan anda itu seakan-akan tidak berkesudahan meskipun sudah berjumpa ramai doktor dan memakan pelbagai jenis ubat.
Jika kesakitan yang anda alami itu berlarutan melebihi enam bulan dan doktor yang merawat pula tidak mengetahui apa sebenarnya penyakit anda, kemungkinan besar anda mengalami apa yang dikenali sebagai kesakitan kronik.
Pakar Bius dan Kesakitan Kronik, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan Dr Nizar Abdul Jalil, berkata ciri-ciri sakit kronik agak pelik.
Kesakitan itu mungkin sakit tulang belakang, migrain atau apa-apa kesakitan yang gagal dikenal pasti atau diagnosis tepat oleh doktor dan menyebabkannya berpanjangan melebihi enam bulan.
Katanya, kesakitan itu dipercayai berpunca daripada perubahan biokimia dan morfologi pada saraf pusat (neuroplasticity) yang sukar difahami hingga menyebabkan fungsi saraf di luar kawalan.
“Kajian di Malaysia, misalnya menunjukkan antara 20 ke 30 peratus kesakitan kronik ini tidak dirawat dengan tepat oleh doktor. Tersilap diagnosis menyebabkan rawatan yang diberikan tidak tepat dan kesakitan akan berpanjangan,” katanya.
Antara kesakitan yang kerap menjadi kesakitan kronik ialah sakit pada bahagian belakang. Ia boleh terjadi disebabkan diska yang tergelincir, sendi faset (sindrom sendi faset) atau akar saraf yang terkeluar.
Sindrom Sendi Faset
Sendi faset adalah penghubung antara vertebraes dalam tulang belakang. Sama seperti sendi lain misalnya lutut atau siku, ia membolehkan pergerakan seperti membengkok.
Kata Dr Nizar, masalah terjadi jika sendi itu radang disebabkan kecederaan atau arthritis yang menyebabkan rasa sakit dan ketegangan. Ia boleh terjadi pada tahap yang kronik atau akut dan kesakitan itu boleh datang dan pergi mengikut aktiviti yang dilakukan.
“Jika kesakitan terjadi di bahagian pinggang, pesakit akan berasa sakit apabila duduk atau berdiri. Kalau duduk lama, dia berasa lenguh pada pinggang dan hanya lega apabila berbaring. Rasa sakit bertambah jika mendongak dan memusingkan badan ke belakang. Misalnya apabila duduk tahiyyat ketika bersolat,” katanya.
Dr Nizar berkata, kesakitan bahagian leher pula menyebabkan sakit belakang tulang tengkuk, pening pada bahagian belakang kepala hingga ke ubun-ubun dan sakit pada otot leher, bahu atau belikat.
“Biasanya penyakit ini juga disusuli dengan kekejangan otot leher atau belakang. Jika berlarutan (kronik) ia dikenali dengan sindrom sakit miofasia,” katanya.
Rawatan
Ada lebih daripada satu teknik rawatan dan lebih daripada satu jenis ubat untuk menangani masalah begini. Umumnya, pesakit akan diberikan ubat, atau menggunakan kaedah rawatan lain misalnya tampalan koyok atau fisioterapi.
Bagaimanapun, jika semua kaedah ini gagal, suntikan radio frekuensi akan dilakukan. Kaedah rawatan ini selamat dengan syarat ia dikendalikan oleh pakar yang betul. Walaupun ia hanya membabitkan suntikan, namun ia perlu dilakukan oleh pakar penyakit kronik yang terlatih.
Di Malaysia, hospital kerajaan yang memiliki kepakaran dalam bidang ini adalah HUSM.
“Tiga langkah keselamatan utama akan dibuat bagi memastikan saraf yang bakal disuntik adalah saraf yang tepat. Kesilapan diagnosis dan kesilapan saraf boleh membawa kepada komplikasi kesihatan yang lain pula,” katanya.
Kata Dr Nizar, prosedur suntikan radio frekuensi menggunakan arus elektrik berfrekuensi tinggi yang disalurkan melalui jarum. Ia bertindak melumpuhkan saraf yang sakit dengan menghalang transmisi isyarat kesakitan.
“Suntikan ini berfungsi untuk membantutkan isyarat sakit berpunca daripada sendi faset. Jadi pesakit akan berasa lega serta-merta. Ia dilakukan dalam dewan bedah di bawah kawalan sinar-X dan mengambil masa antara 40 minit hingga satu jam bergantung kepada sendi yang disuntik,” katanya.
Dr Nizar berkata, prosedur suntikan radio frekuensi juga membantu pesakit yang berhadapan dengan sakit kronik yang berkaitan dengan penuaan sendi disebabkan arthritis. Tahap kelegaan kesakitan pelbagai bergantung kepada punca dan lokasi. Namun 70 peratus daripada pesakit yang dirawat dengan RFA berjaya menangani kesakitan.
INFO: Antara sindrom kesakitan kronik•Mengadu sakit yang tidak pernah lega.
•Mengadu sakit yang pada beberapa tempat di tubuh badan
•Kesan sampingan dari berbagai ubat yang digunakan yang ketara.
•Emosi yang terganggu seperti marah, kemurungan dan kurang semangat/motivasi.
•Tidur yang terganggu
•Fizikal tubuh badan dan fungsi yang makin merosot. Tubuh jadi lemah, kurang stamina dan fleksibel (physical deconditioning).
•Cemas dan cuba elakkan pergerakan yang akan mengembalikan rasa sakit.
•‘Perilaku kesakitan’ seperti suka berehat, suka mencuri perhatian, suka bercakap pasal kesakitan yang dirasai.
•Konflik keluarga dan perkahwinan.
•Berpindah dan berjumpa dengan banyak doktor.
•Tidak mampu bekerja ataupun mengalami kesukaran untuk mengekalkan prestasi di tempat kerja.
•Kurang memahami masalah kesakitan yang dialami.
•Masalah kewangan dan isu pampasan dengan syarikat insuran.
Contoh penyebab kesakitan kronik:
•Sakit tulang belakang, sama ada pinggang dan tengkuk.
•Sakit sendi (osteoarthritis , rheumatoid arthritis).
•Sakit kepala (migrain atau bukan migrain).
•Sakit saraf (neuropathic pain).
•Sakit yang berpunca daripada kanser.
•Sakit otot dan fasia (myofascial pain syndrome, fibromyalgia).
•Sakit selepas pembedahan atau kecederaan.
•Sakit yang berpunca daripada faktor psikologi.
Sebagai peringatan: jagalah Kesihatan n Minum susu selalu..ngee
Tuesday, June 15, 2010
Sekitar PeRtUnanGan SyaRiz



~perbincangan..urusan orang2 tua je nie..huhuhu..penuh satu umah..hehehe~
~cincin pertunangan untuk disarung pada jari manisku~

~ketaq gak tangan time nie..huhu..~



~Bersama sebahagian bakal adik2 iparku..Ina..syafikah n Kak chik~

~Bersama ibu tercinta~

Ina, Bakal Mak Mertua, Me, My mom,Nyah n Maksu (saudara MR. tunang)
~hantaran sebelah pihak perempuan bertemakan warna peach~
~dikelilingi hantaran 19 berbalas 21~

~tadaaa..ni la my mr tunang..thanks syg kerana menerima diri ini sebagai tunang awak seadanya~
"bak kata Mr. Tunang..tu la dulu jual mahal sgt..ngeee"
~semoga ikatan yang dibina ini akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin..n bahagia hingga akhir hayat~InsyaAllah~