Sunday, February 28, 2010

DI SINI KERJAYAKU BERMULA















kini genaplah 2 bulan aku menjalani kehidupan sebagai seorang guru di SK.STAR(2) JB..JB tu beb!!..bapak jauh dari kampung halamanku...sob..sob..sob..

huhuhu 1st time dapat tau..melalak gak la aku..bukan nak dok tempat sendiri tapi rasa cam sedih sangat bile dapat jauh sangat (10 jam naik bus)..susahnye nak balik melawat ibu tercinta di kampung (anak solehah)..ngeh..ngeh...ngeh..













gedebak..gedebuk..aku dah mula ok la kat sini walaupun ade byk mslh ngn @$#%^..tapi aku ttp ikut jalan aku jerk..yang penting aku tak sowang2..ade jerk member aku yang baru ni join skali..hihihi..ni la kawan baik aku kat skolah..(lina, kak't, k'pah ngan k'Asiah)teman setia berjalan kaki ke sekolah setiap ari..hhuhuhu



ni la cikgu lina (tahniah atas perlantikan anda!!wink-wink)..yang lain tu sowey la tak de gambar..lain kali aku upload erk..


















ni la tempat aku melepak lepas penat mengajar..huhuhu..kekadang tak sempat pown ..nun dihujung sane tempat ku...hehhehe port baik punya..(sembang+makan+msg)hahahahha..pape pown aku cube la meng"hepi"kan diriku..sememangnya suasana bekerja itu amt berbeza daripada gelaran seorang student pada satu ketika dulu..huhuhu




habis citer bab skolah dah..huhhu..alhamdulillah..balik umah syok plak ngan roomate merangkap guru jiran..ehhehehe..si Nurul cikgu STAR (1) yang sempoi giler..


(yang depan tu la rommateku + cikgu skolah jiran)..hehehhe
*kengkawan..kita enjoy!!be a good teacher..jangan malas2..taw..ehhehehehe

Saturday, February 27, 2010

ketika satu pintu kebahagian tertutup

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya
Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.
Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api. Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.
Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.
Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan
Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam masyarakat binatang tidak ada satu pun manusia jalang -Aristotle
Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.
Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.
Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.